Assalamualaikum dan salam sejahtera. Isu yang aku nak bangkitkan sekarang ialah pembaziran dalam perkahwinan. Aku sebagai tetamu dalam macam-macam kenduri kahwin merasakan isu ini perlu diambil berat oleh bakal-bakal pengantin.
Cenderahati. Satu perkataan yang menggambarkan sesuatu yang akan menjadi ingatan seseorang apabila memilikinya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita perlu berfikir dengan keadaan semasa. Kadang-kadang ada yang bagi cenderahati yang mudah pecah. Agak susah la untuk para tetamu menjaganya, terutamanya ketika nak makan jamuan kenduri. Lagilah susah kalau yang ada anak-anak kecil...baby lagi tu, dibalingnya ke tanah,dah retak.
Bagi aku, cenderahati yang sesuai diberi kepada para tetamu:
1. Kalendar mini
2. Keropok-keropok (boleh lah budak nak makan)
3. Keychain
4.Sapu tangan
5.Buku nota kecil
6. Telur rebus (turun-temurun cenderahati ni tau)
7. Kad yang mempunyai kata-kata hikmah,then ada la nama pengantin kat situ..tetamu ni simpan la jugak khasnya para pelajar (lekat kat meja study tu,nampak la nama hangpa)
![]() |
Pelbagai cenderahati mudah pecah, nasib baik aku simpan dalam kotak. jenuh kalau dapat kat adik-adik aku yang kecik-kecik ni |
![]() |
sayonara...huhu...i terpaksa buang u |