Pages

Friday 20 September 2013

Alahai Pokok..

Apa nama pokok ni??
Selamat sejahtera. Hari yang amat sibuk. dan hidup aku hanya dibelenggu oleh masalah yang kecil, tetapi akan menjadi besar apabila terus dibiarkan. Dalam pengajian aku di USM dalam bidang senibina, antara assignment yang aku kena buat ialah melukis gambar tumbuh-tumbuhan, dan aku perlu tahu nama pokok tersebut. Sekarang aku dah siap lukis, but aku tak tahu nama dia..haha..stress!Sayanglah kalau nak buat lukisan lain. Pokok di atas ni menjadi tanda tanya dalam setiap penjuru minda aku. Anyone can help me???

Oh Hijab

Wahai wanita..
Maruahmu, pandanganmu...amat tinggi nilainya..
Mengapa perlu digadai?
Dengan rambut yang mengurai..
Ia melambai..
Ditiup angin, seolah-olah tahu..
Akan pemergian satu peluang,untuk ke syurgaNya..

Wahai wanita..
Auratmu bukanlah calang-calang rupa..
Nafsu lelaki diseksa..
Mengheret mereka ke neraka..
Menjadi zina mata..
Saksi kepada Yang Maha Esa..

Ayuh!
Berhijablah..
Hijabkanlah seluruh tubuhmu..
Daripada pandangan nafsu lelaki..
Tetapi biarlah menjadi satu keredhaan dari Ilahi


Friday 13 September 2013

Sana Sini

Masjid Parit Buntar yang menjadi tumpuan warga Parit Buntar untuk menunaikan solat khususnya solat Jumaat

Kehidupan Luar Yang Mencabar

Ramai ibubapa akan berpesan pada anak-anaknya ketika menyambung pengajian di tempat orang akan berpesan:
Jaga diri. Cari kawan baik-baik. Jangan terpengaruh benda tak elok.

Yes, memang itulah yang sepatutnya. Tetapi pada zaman sekarang,macam-macam dugaan dan cabaran iman melanda.
Dalam beberapa jam tadi, aku melihat persembahan tarian oleh beberapa orang senior aku. Maaf aku cakap aku tak minat tarian yang libatkan lelaki perempuan. Kemungkinan untuk bersentuhan tu ada. Tu yang perlu dielakkan.
Sama la ketika kita menyaksikan konsert-konsert artis di luar sana. Tahukah anda suara tu aurat bagi perempuan? tapi dalam beberapa sebab ia dibolehkan, rujuklah para ilmuwan dan guru agama anda. Jika berlaku situasi di mana ada penyanyi perempuan, ada aksi-aksi yang bertentangan dengan agama dan lain-lain perkara negatif, tanamkanlah dalam diri dan hati anda untuk tidak menyukai perkara tersebut. Dikhuatiri di akhirat kelak kita akan ditanya akan perkara tersebut, mungkin dianggap bersubahat jika kita menyokongnya.
Lengkapkanlah diri dengan ilmu agama.

kumpulan nasyid USM sedang menyanyikan lagu Duhai Palestin menyedarkan kita daripada kelalaian dalam berhibur

Dunia Kini


Wednesday 11 September 2013

Sana Sini

'ringan sama dipikul, berat sama dijinjing'
Usaha menari keluar traktor yang tersekat di dalam tanah bendang yang lembut di Kampung Parit Tok Kip

Sebelum Menjadi Arkitek

Perkara biasa bagi siapa saja yang mengambil subjek lukisan sama ada di sekolah menengah, kolej matrikulasi ataupun universiti. Perkara pertama untuk dipelajari ialah kemahiran menulis. Bosan. Ambil subjek Lukisan Kejuruteraan di sekolah menengah, inilah yang menjemput aku. Di matrikulasi pun sama. Sekarang aku di USM, masih belajar perkara yang sama. Dan waktu itu kita akan perasan, bahawa tulisan kita masih sama.. TAK CANTIK. Kesimpulannya, perkara remeh macam ni memberi kesan yang besar jika diamalkan berterusan, tetapi akan kekal sama jika tidak diamalkan.


Nostalgia

Pernah main permainan ni? haha..aku dulu takda lah fanatik sangat nak main, tapi tu pun habis kuali kena rembat jadi gelanggang perlawanan Beyblade

Monday 9 September 2013

Sana Sini - Ban Pecah,Perak

Destinasi kita kali ini ialah Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak. Bagi yang dah biasa pergi, izinkan aku untuk kongsikan pemandangan dan keunikan Ban Pecah ni kat umum..hehe
Walaupun nampak macam kurang menarik, tetapi di sini terkenal dengan aktiviti memancing dan tempat bagi bersantai. Namun ada yang kurang enaknya, ia juga tumpuan anak-anak muda yang tidak bertanggungjawab untuk berdating. Kita doakan mudah-mudahan hidayah buat mereka, dan sedar akan kesilapan mereka. 
Jika anda dapat lihat, pinggir pantai dipenuhi dengan batu-batan. Ini bagi mengatasi masalah hakisan pada pinggir pantai yang semakin lama semakin teruk. Sekiranya anda datang ke sini, cuba perhati di tengah-tengah laut. Anda dapat lihat beberapa binaan seperti pintu air yang masih teguh berdiri. Asalnya kawasan itu adalah daratan, namun setelah terhakis, binaan tersebut tertinggal di kawasan air. Di celah-celah batu-batan itu juga, anda boleh mencari ketam. Ada yang kecil, dan ada yang besar. Sungguh comel. 


pada hari persekolahan, pantai ini tenang tanpa pengunjung. yang ada cumalah para pemancing ikan.

pantai batu. pantai berpasir masih ada tetapi tidak banyak.

Sunday 8 September 2013

Anda Boleh Mendaki di USM

Hari ini genap seminggu aku bergelar mahasiswa USM. Dan hari ini juga aku tahu sesuatu keunikan di Kampus Induk USM di Pulau Pinang ini.
Petang tadi aku berjalan-jalan di kawasan desasiswa (asrama di USM) bagi lebih mengenali kawasan tersebut.
Niat untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan ni timbul apabila aku terlepas aktiviti pada pagi tadi iaitu program bersama Naib Canselor USM di Taman Rekreasi. Aku nak tahu gak, di mana taman tu..tak pernah tau pun.
Akhirnya pada petang tadi, aku dan kawan-kawan aku 'menjelajah'. Rupa-rupanya ia bukanlah taman rekreasi yang biasa. Lengkap dengan aktiviti mendaki bukit.
Dari atas bukit, kami dapat melihat pemandangan di sekitar Pulau Pinang. Tak sangka tempat sebegini ada di belakang desasiswa di mana tempat aku menginap selama ini. Bagi aku, kawasan ini memang sesuai untuk kita menenangkan fikiran setelah tension belajar. Ditambah dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan seperti pokok pisang, pokok durian, pokok getah dan lain-lain yang aku tidak tahu namanya.






Saturday 7 September 2013

bahasa ALIEN di Facebook

Aku cuba untuk fahami apa yang dia cakap dan apa yang dia cuba sampaikan, tapi tak boleh!

Jangan lakukan aksi ini di rumah -___-

alahai KUCING

Seperti mana yang kita dapat lihat, kucing adalah salah satu makhluk Allah yang sangat comel. Tak kiralah dari segi gelagatnya, reaksinya dan kejadiannya. Tidak hairanlah haiwan ini pernah menjadi kesayangan Abu Hurairah, iaitu salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. Nama sebenar beliau sebelum memeluk Islam tidak diketahui dengan jelas , tetapi berdasarkan pendapat yang masyhur adalah Abd Syams. Nama islamnya adalah Abd al-Rahman.





Friday 6 September 2013

Sana Sini

Pemandangan di sekitar Desasiswa Tekun, Kompleks RST, USM Induk Pulau Pinang