Pages

Friday 18 October 2013

Pembaziran Dalam Perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Isu yang aku nak bangkitkan sekarang ialah pembaziran dalam perkahwinan. Aku sebagai tetamu dalam macam-macam kenduri kahwin merasakan isu ini perlu diambil berat oleh bakal-bakal pengantin. 
Cenderahati. Satu perkataan yang menggambarkan sesuatu yang akan menjadi ingatan seseorang apabila memilikinya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita perlu berfikir dengan keadaan semasa. Kadang-kadang ada yang bagi cenderahati yang mudah pecah. Agak susah la untuk para tetamu menjaganya, terutamanya ketika nak makan jamuan kenduri. Lagilah susah kalau yang ada anak-anak kecil...baby lagi tu, dibalingnya ke tanah,dah retak. 
Bagi aku, cenderahati yang sesuai diberi kepada para tetamu:
1. Kalendar mini
2. Keropok-keropok (boleh lah budak nak makan)
3. Keychain
4.Sapu tangan
5.Buku nota kecil
6. Telur rebus (turun-temurun cenderahati ni tau)
7. Kad yang mempunyai kata-kata hikmah,then ada la nama pengantin kat situ..tetamu ni simpan la jugak khasnya para pelajar (lekat kat meja study tu,nampak la nama hangpa)

Pelbagai cenderahati mudah pecah, nasib baik aku simpan dalam kotak. jenuh kalau dapat kat adik-adik aku yang kecik-kecik ni

sayonara...huhu...i terpaksa buang u