Pages

Saturday 17 August 2013

Ustaz Azhar Idrus terlibat kemalangan


Ustaz Azhar Idrus kemalangan pada pagi 17hb Ogos 2013 di Kg Pengadang Baru, Kuala Terengganu ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Ustaz ditemani isterinya dalam perjalanan untuk menghadiri ceramah tertutup beliau.Alhamdulillah, semuanya selamat. Ustaz hanya mengalami luka luka kecil manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun begitu, Ustaz tetap meneruskan perjalanan beliau pada hari tersebut untuk menyampaikan ceramah beliau.
Allahuakbar..!!



* Sumber: Page Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Sana Sini

Sungai Kurau
Imej ini aku ambil di sekitar Sungai Kurau. Apabila air surut, banyak sampah-sarap, ikan mati (mungkin terperangkap di atas daratan memandangkan air surut) dan kayu-kayu buruk yang kelihatan.

Namun apa yang menariknya, banyak anak-anak ketam yang bermain di celah-celah sampah-sarap tersebut. Tetapi ia mungkin lebih cantik dan indah mata memandang sekiranya sampah-sarap ini tiada. 

CINTAI SUNGAI KITA.

Friday 16 August 2013

Muzium Melayu Banjar di Perak

Banjar
satu istilah yang mungkin sesetengah orang tidak pernah mengetahuinya.

adakah ia sejenis makanan? ataupun tradisi yang kita tidak pernah tahu?

berdasarkan apa yang aku tahu, Banjar ini ialah sebuah keturunan-mungkin suatu kaum yang berasal dari Indonesia. Pernah dengar Banjarmasin di Indonesia? Mungkin ia berasal dari kawasan tersebut. Tapi, apa yang pasti usaha kerajaan negeri Perak bagi menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara adalah sangat dihargai. Usaha untuk mewujudkan sebuah muzium yang mengisahkan tentang asal-usul dan tradisi keturunan Banjar di Parit Buntar, Perak dijangka akan mendapat sambutan memandangkan ia adalah muzium Banjar pertama di Malaysia.

Ia belum dirasmikan lagi, memandangkan proses penyelenggaraan masih dijalankan.

Lokasinya terletak berhampiran dengan Kampus Kejuruteraan USM Transkrian, dan sekiranya anda melalui lebuhraya,anda boleh keluar melalui Exit Bandar Bharu, Kedah atau Exit Jawi, Pulau Pinang. Di sini kita dapat melihat bahawa ia berhampiran dengan sempadan antara 3 negeri iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Melayu Banjar, datanglah ke Perak!

# Parit Buntar is my hometown
Muzium Melayu Banjar, Parit Buntar, Perak