Pages

Sunday 14 July 2013

koleksi status dakwah facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama aku tak update blog aku. Bukan sebab tak ada idea,tetapi masa dan kemudahan internet tidak mengizinkan. insyaAllah kali ini sekali lagi aku nak paparkan satu fenomena dakwah iaitu melalui laman sosial Facebook.
Setiap kali aku online, mesti akan ada orang yang akan post perkara-perkara islamik. Jadi, aku berhasrat untuk kumpulkan semua nasihat tersebut dan insyaAllah aku juga bercita-cita untuk menghasilkan buku mengenai dakwah laman sosial. DOAKANLAH SAYA. =)
Di sini saya kongsikan status-status tersebut, nak copy...copy la... memang untuk kegunaan semua. AYUH KITA MEMARTABATKAN ISLAM DI SETIAP ASPEK KEHIDUPAN KITA!


1.Ramadhan pesta beribadah,bukan pesta makan!

2. Jangan jadi bodoh sombong!
Orang tegur suruh jadi baik,tak mau ikut..berlagak
Nanti kat akhirat terhegeh-hegeh mintak syafaat baginda Rasulullah s.a.w..

3. Boleh gaduh senyap2,tapi gatai bawak ke facebook..
Nak tunjuk dua2 keras kepala ke?
*orang yang kuat ialah orang yang dapat menahan marah
*jika kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita

Settle la baik2...malu orang tengok kat fb..

4. Lelaki sejati takkan menangis?

Rasulullah s.a.w sendiri pun menangis..
MENANGIS SEBAB APA?

Sebab KITA iaitu umatnya!

5. Wahai wanita solehah 'Bidadari Bumi'
Bakar semangatmu untuk mengejar langkah sang bidadari
Jangan hanya diam dan menunggu keajaiban
Perlu usaha!
Tak akan ada kesempatan sebelum kau jemput sendiri...
Jangan biar dirimu tertinggal di belakang sang bidadari
Kau akan bangga mengukir namamu di syurga Izzatul Rabbi
sebagai wanita solehah berhasil meraih gelaran
SANG BIDADARI!

6. Jangan hina makanan yang tidak sedap.
Rasulullah s.a.w pun sekadar diam apabila merasai limau yang sangat masam rasanya.

7. Fenomena pelik
Time puasa,makin banyak pulak rancangan masakan..resepi sedap2..
Ini boleh mendatangkan MAKRUH

8. Berdoa melalui facebook tak dikira sebagai salah satu cara paling mustajab dalam berdoa.
Try lah bersolat hajat lalu memohonlah direct kepada Allah,sujudlah lama2 kerna ketika itulah hati kita paling dekat dengan Allah.

9. Ramai lelaki sekarang yang dayus..awal2 kahwin pun dah dayus. Kenapa?
Time kenduri tu,biarkan isteri dia pakai baju pengantin ketat,tak pakai tudung..dll..
Beratus orang tengok..tak ke dayus tu? Biar isteri lalai berbuat kemungkaran..tanpa rasa cemburu,nak tegur atau sakit hati..
INGATLAH WAHAI LELAKI..INI ANTARA SEBAB KITA MASUK NERAKA!!

10. Senyap tak bererti tidak merindu~
Dalam diam dia berdoa kepada yang Satu.

11. merahsiakan berita gembira itu lebih manis daripada menghebahkannya,jikalau ia membuatkan orang lain bersedih hati..
kita sebagai saudara seislam ada baiknya mendiamkan diri jika mendapat berita baik bilamana kita TAHU ramai kawan2 sekapal ada yang bersedih dengan berita yang tidak senasib...(kalau tak tahu,lain cerita)

12. Nasihat itu umpama ubat,ramai yang nak sembuh tapi tak ramai yang mahu makan ubat.

=terimalah nasihat apa2 pun walau sepedih mana pun ia,kerna insyaAllah ia akan mengelakkan kita dari
PEDIH api neraka.

13. Umat sekarang suka tanya benda remeh macam kalau korek hidung batal puasa tak..
Tapi kalau hal-hal berat macam dosa berjudi,perihal zina..buat tak nampak ja...
Apa laa..

14. "Rambut I tersekat pada skala enam" "Takpe . Asalkan jangan tersekat pada neraka jahannam" ...

15. Biar Ramadhan sunyi tanpa bunyi letupan mercun,jangan sunyi tanpa bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

16. Orang yang sedang marah itu umpama api,janganlah engkau menambah kayu api pada ia,tetapi simbahlah dengan air lalu memadamkan api.

17. "perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu,namun tidak berkomunikasi tetapi keduanya saling mendoakan didalam sujud masing-masing"

18. Masjid 50 LANGKAH dari rumah tak boleh sampai,
tapi stadium bola 50 BATU boleh sampai.
Kalau MATI jangan panggil TOK IMAM. Panggil
REFREE jadi IMAM. . .

19. Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat. Ruginya
orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat. Ruginya orang kaya
tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad s.a.w yang miskin pun solat.
Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.

20.Tuhan mengizinkan kita disakiti agar esok kita tahu cara mengubati orang yang
terluka. Tuhan membuat kita menangis agar esok kita mampu menghiburkan orang
yang sedih. Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan&kelebihan agar kita
sedar dan tahu bahawa hanya BERDOA dan BERUSAHA, Tuhan akan menjadikan
segalanya indah pada WAKTUNYA

21. tak kisah la copy paste pun
yang penting
NASIHAT YANG BAIK ITU PERLU DISEBARKAN

22. menuntut ilmu itu kewajipan sebagai seorang Muslim

23. Kita pakai jubah, simpan janggut panjang sampai tak nampak leher bukanlah sebab
kita ni 'alim atau warak. Cuma kita ni fan kpd nabi Muhammad SAW.
Sama la macam fan K-pop, rambut mesti nak K-pop. Bajunya lagi lah.
Jadi kita fan nabi Muhammad,semua nak tiru cara nabi. Jalannya nabi
bgaimana,makannya,tidurnya,senyumnya,pakaiannya,stail rambutnya. Sebab itu
lambang cinta kita pada Baginda SAW.

24. Tak ada couple? Cemburu melihat mereka
bermesra? Bersyukurlah kerana ALLAH
melindungi kamu daripada melakukan maksiat.
Allah lebih sayang kita .

25. Iklan sabun guna perempuan seksi,iklan syampu guna perempuan seksi,iklan butik pakaian guna perempuan seksi,iklan ubat gigi guna perempuan seksi,iklan tuisyen guna perempuan seksi.
-kiri kanan atas bawah penuh dosa-

26. "Tiada istilah 18 SX dalam Islam. Tua muda remaja tengok pasti dapat dosa."