Pages

Friday 16 August 2013

Muzium Melayu Banjar di Perak

Banjar
satu istilah yang mungkin sesetengah orang tidak pernah mengetahuinya.

adakah ia sejenis makanan? ataupun tradisi yang kita tidak pernah tahu?

berdasarkan apa yang aku tahu, Banjar ini ialah sebuah keturunan-mungkin suatu kaum yang berasal dari Indonesia. Pernah dengar Banjarmasin di Indonesia? Mungkin ia berasal dari kawasan tersebut. Tapi, apa yang pasti usaha kerajaan negeri Perak bagi menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara adalah sangat dihargai. Usaha untuk mewujudkan sebuah muzium yang mengisahkan tentang asal-usul dan tradisi keturunan Banjar di Parit Buntar, Perak dijangka akan mendapat sambutan memandangkan ia adalah muzium Banjar pertama di Malaysia.

Ia belum dirasmikan lagi, memandangkan proses penyelenggaraan masih dijalankan.

Lokasinya terletak berhampiran dengan Kampus Kejuruteraan USM Transkrian, dan sekiranya anda melalui lebuhraya,anda boleh keluar melalui Exit Bandar Bharu, Kedah atau Exit Jawi, Pulau Pinang. Di sini kita dapat melihat bahawa ia berhampiran dengan sempadan antara 3 negeri iaitu Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Melayu Banjar, datanglah ke Perak!

# Parit Buntar is my hometown
Muzium Melayu Banjar, Parit Buntar, Perak

5 comments:

  1. dah buka belum muzium ni???? sangat memerlukan jawapan :'(

    ReplyDelete
  2. dah buka ke belom muziumni.. nak buat kajian.. sila respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banner pun dah tak ada..tangguh dulu kot rasanya

      Delete
  3. Bagus jugak ni, kena pi tengok...

    ReplyDelete