Apa nama pokok ni?? |
Friday, 20 September 2013
Alahai Pokok..
Oh Hijab
Wahai wanita..
Maruahmu, pandanganmu...amat tinggi nilainya..
Mengapa perlu digadai?
Dengan rambut yang mengurai..
Ia melambai..
Ditiup angin, seolah-olah tahu..
Akan pemergian satu peluang,untuk ke syurgaNya..
Wahai wanita..
Auratmu bukanlah calang-calang rupa..
Nafsu lelaki diseksa..
Mengheret mereka ke neraka..
Menjadi zina mata..
Saksi kepada Yang Maha Esa..
Ayuh!
Berhijablah..
Hijabkanlah seluruh tubuhmu..
Daripada pandangan nafsu lelaki..
Tetapi biarlah menjadi satu keredhaan dari Ilahi
Sunday, 15 September 2013
Saturday, 14 September 2013
Friday, 13 September 2013
Sana Sini
Kehidupan Luar Yang Mencabar
Ramai ibubapa akan berpesan pada anak-anaknya ketika menyambung pengajian di tempat orang akan berpesan:
Jaga diri. Cari kawan baik-baik. Jangan terpengaruh benda tak elok.
Yes, memang itulah yang sepatutnya. Tetapi pada zaman sekarang,macam-macam dugaan dan cabaran iman melanda.
Dalam beberapa jam tadi, aku melihat persembahan tarian oleh beberapa orang senior aku. Maaf aku cakap aku tak minat tarian yang libatkan lelaki perempuan. Kemungkinan untuk bersentuhan tu ada. Tu yang perlu dielakkan.
Sama la ketika kita menyaksikan konsert-konsert artis di luar sana. Tahukah anda suara tu aurat bagi perempuan? tapi dalam beberapa sebab ia dibolehkan, rujuklah para ilmuwan dan guru agama anda. Jika berlaku situasi di mana ada penyanyi perempuan, ada aksi-aksi yang bertentangan dengan agama dan lain-lain perkara negatif, tanamkanlah dalam diri dan hati anda untuk tidak menyukai perkara tersebut. Dikhuatiri di akhirat kelak kita akan ditanya akan perkara tersebut, mungkin dianggap bersubahat jika kita menyokongnya.
Lengkapkanlah diri dengan ilmu agama.

kumpulan nasyid USM sedang menyanyikan lagu Duhai Palestin menyedarkan kita daripada kelalaian dalam berhibur |
Wednesday, 11 September 2013
Sana Sini
Sebelum Menjadi Arkitek
Perkara biasa bagi siapa saja yang mengambil subjek lukisan sama ada di sekolah menengah, kolej matrikulasi ataupun universiti. Perkara pertama untuk dipelajari ialah kemahiran menulis. Bosan. Ambil subjek Lukisan Kejuruteraan di sekolah menengah, inilah yang menjemput aku. Di matrikulasi pun sama. Sekarang aku di USM, masih belajar perkara yang sama. Dan waktu itu kita akan perasan, bahawa tulisan kita masih sama.. TAK CANTIK. Kesimpulannya, perkara remeh macam ni memberi kesan yang besar jika diamalkan berterusan, tetapi akan kekal sama jika tidak diamalkan.
Nostalgia
Pernah main permainan ni? haha..aku dulu takda lah fanatik sangat nak main, tapi tu pun habis kuali kena rembat jadi gelanggang perlawanan Beyblade
Monday, 9 September 2013
Sana Sini - Ban Pecah,Perak
Destinasi kita kali ini ialah Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak. Bagi yang dah biasa pergi, izinkan aku untuk kongsikan pemandangan dan keunikan Ban Pecah ni kat umum..hehe
Walaupun nampak macam kurang menarik, tetapi di sini terkenal dengan aktiviti memancing dan tempat bagi bersantai. Namun ada yang kurang enaknya, ia juga tumpuan anak-anak muda yang tidak bertanggungjawab untuk berdating. Kita doakan mudah-mudahan hidayah buat mereka, dan sedar akan kesilapan mereka.
Jika anda dapat lihat, pinggir pantai dipenuhi dengan batu-batan. Ini bagi mengatasi masalah hakisan pada pinggir pantai yang semakin lama semakin teruk. Sekiranya anda datang ke sini, cuba perhati di tengah-tengah laut. Anda dapat lihat beberapa binaan seperti pintu air yang masih teguh berdiri. Asalnya kawasan itu adalah daratan, namun setelah terhakis, binaan tersebut tertinggal di kawasan air. Di celah-celah batu-batan itu juga, anda boleh mencari ketam. Ada yang kecil, dan ada yang besar. Sungguh comel.
pada hari persekolahan, pantai ini tenang tanpa pengunjung. yang ada cumalah para pemancing ikan. |
pantai batu. pantai berpasir masih ada tetapi tidak banyak. |
Sunday, 8 September 2013
Anda Boleh Mendaki di USM
Hari ini genap seminggu aku bergelar mahasiswa USM. Dan hari ini juga aku tahu sesuatu keunikan di Kampus Induk USM di Pulau Pinang ini.
Petang tadi aku berjalan-jalan di kawasan desasiswa (asrama di USM) bagi lebih mengenali kawasan tersebut.
Niat untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan ni timbul apabila aku terlepas aktiviti pada pagi tadi iaitu program bersama Naib Canselor USM di Taman Rekreasi. Aku nak tahu gak, di mana taman tu..tak pernah tau pun.
Akhirnya pada petang tadi, aku dan kawan-kawan aku 'menjelajah'. Rupa-rupanya ia bukanlah taman rekreasi yang biasa. Lengkap dengan aktiviti mendaki bukit.
Dari atas bukit, kami dapat melihat pemandangan di sekitar Pulau Pinang. Tak sangka tempat sebegini ada di belakang desasiswa di mana tempat aku menginap selama ini. Bagi aku, kawasan ini memang sesuai untuk kita menenangkan fikiran setelah tension belajar. Ditambah dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan seperti pokok pisang, pokok durian, pokok getah dan lain-lain yang aku tidak tahu namanya.

Saturday, 7 September 2013
bahasa ALIEN di Facebook
Aku cuba untuk fahami apa yang dia cakap dan apa yang dia cuba sampaikan, tapi tak boleh!
Jangan lakukan aksi ini di rumah -___-
alahai KUCING
Seperti mana yang kita dapat lihat, kucing adalah salah satu makhluk Allah yang sangat comel. Tak kiralah dari segi gelagatnya, reaksinya dan kejadiannya. Tidak hairanlah haiwan ini pernah menjadi kesayangan Abu Hurairah, iaitu salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain
dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a.
bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya.
Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia
digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka
dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. Nama sebenar beliau sebelum memeluk Islam tidak diketahui dengan jelas , tetapi berdasarkan pendapat yang masyhur adalah Abd Syams. Nama islamnya adalah Abd al-Rahman.
Friday, 6 September 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)