Pages

Sunday, 28 April 2013

tamatnya kehidupan sebagai pelajar kolej matrikulasi

hari ni hari kedua last sebelum aku meninggalkan kolej...paper kimia petang nanti...esok paper fizik...pastu balik.... sja gtau awal,sebab pasni aku dah payah nk online..xdak pun kemudahan internet kat rumah.. =(

kehidupan kat kolej matrikulasi ni bukanlah sesuatu yang susah,cuma ia lebih mementingkan pengurusan masa yang sebaik2nya... bukan macam aku,last2 minit baru nak study,wat latihan suma...aduh...

sapa2 yang tengah sambung belajar pun akan cakap cmtu... cuma matrik ni cepat,so kena cekap dalam wat keja dan blajar....jangan tangguh2....maybe ada sapa2 nak masuk matrik,JANGAN TAKUT SAHUT CABARAN NI KALAU  PANDAI URUS MASA!

xdak apa nak cakap dah cuma boleh tunjuk apa yang aku buat pada hari2 terakhir kat kolej ja...haha
bas kolej,yang baru 'dirasmikan' oleh kami yakni Batch ke 4 KMTK

kawan2 aku study kat bilik aku..sesak

study last minit

hari ni,pengesahan borang keluar dari kolej

dah macam2 pengedar air mineral lak...padahal full dengan barang2

loker aku...cara nak study 2 dalam 1(bukak pintu loker sambil baca)

study smart-kaji past year question

mengingatkan kita pada yang tidak bernasib baik di sana

chow dulu!

Friday, 26 April 2013

iman bukan hanya pada mulut

hakikat pada zaman sekarang,ramai orang boleh kata yang diri mereka baik...pegang pada janji,lebih baik dari orang lain...
tapi tanpa sedar orang lain cam kawan2 dah bagi satu tanggapan buruk kat dia
"riak tol"
"berlagak...perasaan,Allah yang bagi nikmat tu kat dia supaya tolong kita"

ramai orang yang lupa dan tak sedar,kekadang kita riak...
sesuatu amalan itu bukanlah untuk disanjung oleh orang ramai,tetapi untuk Allah s.w.t...

dan satu yang kita selalu fikir,memang kita buat sesuatu kerna Allah,tapi tak bermakna kita lebih baik dari orang lain...
mungkin ada dalam hatinya berkata:
"huh...banyak aku buat amalan hari ni...tak dak sapa tau pun,bukan riak ni...mesti diterima Allah. padan muka kat orang yang tak bagi sedekah kat masjid tadi...dapat gak aku tmbah pahala sorang2..janji orang tak tau,bukan riak la kan...bagus aku ni.."
AWAS! JANGAN SAMPAI SOMBONG KEPADA ALLAH S.W.T...

setiap perkara positif itu banyak kebaikannya...fikir2kan
DIMANAKAH KITA?
KERNA RIAK, SIA-SIA SEGALA AMALAN

Doa buat artis kita

artis...sapa tak kenal.... silap2 nama penuh pun tau,tapi kalau tanya nama nabi?sahabat nabi?anak2 nabi? para ulama di negara kita ni? tau dak..?belum tentu lagi tau...
fenomena artis macam penyanyi,pelakon..dll bukanlah satu benda yang pelik...
ala...orang masuk tv kot,bukan senang masuk tv... =P
apa2 pun,kadang2 orang jadikan artis ni sebagai idola mereka...pakai seksi pun ikut,artis buat gwiyomi depa pun buat gwiyomi (tak habis2 gwiyomi..haha)..ni macam dah jadi satu masalah yang tak patut kita biarkan...

paling aku seronok tengok bila artis yang terkenal berlakon dalam filem keagamaan,memang terbaik...hope dapat beri pengajaran kepada masyarakat. tapi apa persepsi orang bila tengok artis tu hanya berlakon pakai tudung,tup aurat...AZAB DARI ALLAH BUKAN LAKONAN SEMATA-MATA.

artis ni senang dapat pengaruh dalam masyarakat,orang senang nak terjebak...
bayangkan sekiranya artis itu berdakwah...insyaAllah mesti ramai yang ikut,tapi mesti perlu ada ilmu...join la ustaz mana2...buat duet ke....or triple ke....elak fitnah dan kesilapan ketika menyampaikan ilmu...

akhir kata,marilah kita berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada mereka esspecially kepada sesiapa yang mungkin dapat menyumbang kepada agamaNya....
BERBANGGALAH KERNA ANDA MUSLIM DENGAN MENGAMALKAN ISLAM YANG SEBENAR

Thursday, 25 April 2013

inilah cerita budak-budak zaman sekarang

baru2 ni kita digemparkan dengan kes buli...video upload kat youtube..memang berani ar....
dan sekarang macam2 yang dah jadi..budak2 makin berani...gaduh sana..gaduh sini...

DISEBABKAN AKU NI SELALU ONLINE FB..MACAM2 LA KARENAH ORANG YANG AKU NAMPAK

aku terbaca komen sorang penjaga yang mengatakan bahawa guru2 sekolah aku makan gaji buta,tak reti jaga murid2....public kot,kesian page sekolah aku...tcemar macam tu...
tapi apa2 pun aku tak dapat terima apa yang penjaga tu komen...dia tak tahu anak dia buat apa kat sekolah...dia tak tahu macam mna perangai budak2 nakal kat sekolah...
cikgu aku dulu sampai terjerit2,nak suruh pelajar masuk kelas....

kadang2 ada cikgu sampai merajuk sebab ramai pelajar tak datang kelas....

TAPI SENANG-SENANG JA PROFESSION GURU KENA AIB
belum cuba belum tahu

tak ramai yang sedar pengorbanan cikgu,tambah2 zaman moden ni...
pelajar2 semakin manja....
kene rotan sikit..dah report pihak atasan TANPA AMBIL SEBARANG PENGAJARAN LANGSUNG
kesian cikgu...
dan hasilnya pelajar2 NAIK LEMAK

HARGAILAH GURU KITA
penat,nak kena kejar pelajar....padahal pelajar yang patut kejar guru....

ayat-ayat jiwang karat

waktu online...ada la orang post ayat2 jiwang...so,tumpang copy ye...mungkin berguna untuk bakal suami nak jadi romantik kat bininya...(insyaAllah)

Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya...

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Jangan malu untuk mengajak perempuan bernikah , tapi malulah apabila mengajak perempuan untuk bercinta tanpa nikah .

Pabila engkau HAUS...Tuhan ciptakan AIR...Pabila engkau LAPAR...Tuhan ciptakan MAKANAN...Pabila engkau SEJUK...Tuhan ciptakan API...Pabila engkau SUNYI di malam hari...Tuhan ciptakan BULAN dan BINTANG untuk menemanimu...Pabila engkau KESEORANGAN dan KESEDIHAN...Tuhan telah ciptakan AKU untuk menemanimu...

Jangan gunakan ayat-ayat Allah untuk memerli

Baru-baru ni waktu aku online facebook..aku ada ternampak seorang perempuan post satu gambar..ganbar lelaki pakai seluar pendek,pastu dia tulis
 "haaa...duk kata pasal aurat perempuan ja,ni lelaki pun sama..kena tutup aurat gak..MOHON TERASA!"

ok..berdasarkan apa yang aku baca,aku rasa macam dia cuma nak perli lelaki ja...dengan tanda '!' siap...cam marah ja...
apa-apa pun kita bersangka baik,niat dia ikhlas nak menegur kerna mungkin ramai yang asyik peka terhadap aurat perempuan tapi dalam masa yang sama lelaki kita abaikan...

aku sebagai seorang lelaki pun setuju dengan apa yang dia post...just kena perbaiki dari segi ayat dan cara menegur...Islam menyuruh kita menegur dengan hikmah dan baik,tanpa mengaibkan dia dan bersabar serta berdoa...
kadang2 ada juga yang menggunakan hadis2 dan ayat al-Quran untuk memerli..masing2 boleh fikir,ingatlah SETIAP AMALAN KITA BERGANTUNG PADA NIAT. kalau bukan kerna Allah,mungkin tak dak apa yang kita dapat...

ikhlaskan diri dalam menegur,mudah2an ada perubahan buat kita sebagai umat Islam...in shaa Allah..

sentiasa mengajak ke arah kebaikan

Sunday, 21 April 2013

english..pemanas badan exam PSPM (peperiksaan semester program matrikulasi)

hari ni first paper....english paper 1...permulaan kepada exam last semester program matrikulasi....seminggu lepas ni aku akan berangkat balik...keluar dari kolej ni. tak sampai setahun kat sini,sangat singkat masa... huh..apa2 pun perjuangan menuntut ilmu perlu diteruskan...setiap pertemuan pasti ada perpisahan... itulah adat di dunia,dan ketahuilah di akhirat sana kita kekal selama2nya... so,kalau nak jumpa balik kawan2 lama..buat lah amalan baik sebanyak mungkin...amal amar makruf nahi munkar...sama2 ke syurgaNya..insyaAllah..
esok..paper mate...permulaan killer subjek...
usaha dan tawakal kepada Allah...itu paling penting,dan terimalah hakikat result exam kita nanti dengan terbuka
hindarilah diri daripada menyalahkan takdir kerna apa yang kita dapat adalah ketentuan Allah s.w.t..
sekiranya usaha kita tidak dibalas sekarang,mungkin satu hari nanti akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik..

Thursday, 18 April 2013

anti-gwiyomi

assalamualaikum umat akhir zaman....
ini yang kita kena sedar....sekarang ni macam2 fenomena pelik melanda dunia dan kita utamakan kat Malaysia...apa yang orang buat,semua nak ikut...yang penting seronok... memang betul cakap ustaz aku,benda hiburan orang sanggup buat apa saja,tapi bab ibadah...susah sangat...
satu fenomena kat Malaysia sekarang ini, GWIYOMI....
maksud dia comel...dengar orang kata la...
perlu ke kita tunjuk comel kita kepada orang lain especially yang tidak halal lagi buat kita(bukan mahram bagi kita)...
ingatlah...perempuan yang cantik ialah perempuan yang solehah...
malu bagi perempuan itu ialah perhiasan baginya...
jadi sekarang,di mana letaknya perasaan malu itu??
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.

Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. 
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.]

kecanggihan teknologi masa kini menyebabkan kita mudah diaibkan

wanita solehah bijak menghindari fitnah


Wednesday, 17 April 2013

penyakit umat-umat terdahulu

Ertinya:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

H.R. Hakim

Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

Tuesday, 16 April 2013

musim bendera

aku terdengar satu perbualan sorang anak dan ayahnya...
anak: abah,kenapa banyak sangat bendera kat malaysia ni?...yang adik belajar,tak da pun warna hijau bulat putih...gambar penimbang(dacing),gambar keris
ayah: oo..tak tau la abah...depa nak buat negeri baru kot...
anak: yang ada bulat putih kat tengah tu nama apa abah?
ayah: tu nama dia bulan...
anak: ooo...best la dapat bulan...kita pi negeri tu la abah...jom la...
ayah: ...... ok2
(jenuh nak melayan)






kucing 'posing' terbaik!!

pencilbox pun jadilah...jadi bantal peluk

model selendang

sayang jangan la merajuk

harap2 takda sapa perasan aku kat sini

dah tido ke ni?

malu..jangan la tengok aku



Monday, 15 April 2013

perli dalam...haha

senang ja nak dapat pangkat YB...haha,notis kat perpustakaan kolej aku

ramai yang amar makruf,tapi siapa yang nahi munkar?

pada zaman sekarang ni,kita dapat lihat macam2 alternatif dakwah seperti facebook,twitter,blog,youtube dan lain2...tapi masalah maksiat dan sosial tak banyak berubah.. antara salah satu sebabnya mungkin kita hanya memberi nasihat tetapi kurang dalam menghalang keburukan.. hal ini tidaklah salah kerna Islam itu agama perdamaian dan Islam mengajar kita agar bersabar dalam berdakwah.. apabila kita melihat satu kemunkaran di depan mata kita,tahukah itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur?dan berdiam diri a.k.a mengelakkan diri daripada terjebak kepada perkara tersebut adalah selemah2 iman... fenomena ni kita harus sedar,dan walaupun aku sedar hakikat ni...aku pun masih payah untuk menahan orang daripada melakukan kejahatan dan maksiat..
kesenangan duniawi telah melalaikan kita tentang perjuangan ISLAM menentang kebatilan
contohnya apabila tengok kawan2 kita dating..nak tegur pun fikir dua tiga kali...kadang2 segan...astaghfirullahal azim...alangkah lemahnya iman...
adab dalam berpakaian dapat menghindari diri daripada fitnah dan maksiat
kalaulah kita dapat setegas Saidina Umar al-Khattab,insyaAllah perkara2 buruk macam tu dapat kita tegur dan membawa perubahan..
hindari maksiat dengan mendekatkan diri kepada ALLAH
kita hanya mampu berusaha,Allah yang menentukan =)
maksiat berleluasa

Sunday, 14 April 2013

study study jugak...ibadah jangan lupa!

oh my study week...
tak lama lagi final exam bakal menjelma...masing-masing sibuk study...tak ada lagi yang dok ralit main games...ada pun jarang sangat2 la...just nak bagi ada warna-warni sikit life tu,tak boring... ada orang cakap,study smart...don't study hard...memang tu hakikat dia,untuk elakkan tension waktu study...kena sedia dari awal.... apa-apa pun aku bukan jiwa study,study tak leh pressure2...nanti bukan ingat pun... walau apa pun situasi kita,masalah kita...ingat Allah masih ada bersama kita...berusaha dan tawakal kepadaNya... sebab Dia yang menentukan semua di muka bumi ini... ditakuti jika kita study sampai lalai dari ibadah kepadaNya,study tu akan jadi haram kepada kita...boleh jadi kan?itulah nasihat Pengarah kolej tempat aku belajar..beliau yang mesra dengan pelajar tidak kekok untuk menasihati dan bersama2 pelajar dalam setiap aktiviti terutamanya dalam hal ibadah... manusia itu sama di sisi Allah,tak kira apa pun pangkat dia...
apabila kita minat sesuatu,kita akan mudah untuk mengingatinya...ni la  yang aku buat..haha,TAK MINAT ELEKTRIK 
SEKUAT MANA PUN USAHA KITA,SEANDAINYA ALLAH TIDAK MENGIZINKAN...KITA TAK AKAN KE MANA....
STUDY SMART not STUDY HARD

Saturday, 13 April 2013

alhamdulillah..kenangan bersama ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus sedang menjamu selera
bergambar dengan adik Prof Dr. Mohaideen yang juga pelakon
12.4.2013
masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok 
indahnya Islam
menayangkan video hasil karya pelajar KMTK
Hari yang bermakna dalam hidup aku...idola aku selama ni muncul kat depan mata aku iaitu Ustaz Azhar Idrus. Permulaannya aku hanya mampu tengok banner di tepi jalan dan dalam laptop kawan aku...dalam hati,rasa teringin nak pi... Selama ni tengok kat Youtube ja.. and then sorang pensyarah ajak aku dan kawan aku untuk tolong dia handle ceramah ustaz tu...sebab dia AJK kat masjid tersebut..macam mengantuk disorong bantal...kami pun terima... selepas macam halangan yang kami lalui,akhirnya semalam aku dan kawan aku dapat menghadiri ceramah beliau... dah la dapat pas Urusetia,memang aku dan kawan aku guna sebaik2nya peluang tersebut untuk mendekati beliau.... sambutan memang sangat..sangat..sangat...sangat meriah dan menggalakkan! sampai aku kena sembahyang kat atas tanah bersejadahkan baju T-shirt yang aku beli kat situ...memang best...terasa betapa kuatnya umat Islam waktu tu sampai sanggup sembahyang kat atas tanah....masjid tak muat,melimpah2 orang yang datang...inilah fenomena yang hebat,mengalahkan artis2.. then,daha selesai ceramah..dan sembahyang Isyak,ustaz disediakan dengan jamuan di sebuah bilik...yang ada semua imam2,bilal..AJK masjid...tapi kami berdua cuma pelajar kolej..semuanya rezeki Allah yang mengurniakan kami pas Urusetia,betapa seronoknya aku...dapat tengok idola aku makan,melawak...dan macam2 lagi beliau bercerita tentang hidupnya... walaupun begitu,kami tak dapat bergambar dengan beliau ats sebab kesuntukan masa...sedih2...mungkin tak ada rezeki...apa2 pun...alhamdulillah!bersyukur dipilih Allah untuk menghadiri majlis ilmu oleh pendakwah yang terkenal di Malaysia,aku harap aku dapat berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus lagi.... itu HARAPAN AKU,insyaAllah...
aku dan kawan aku sedang bersiap untuk menayangkan video hasil ciptaan kami
ustaz sedang memberikan ceramah
gambar aku dan kawan aku bersama ustaz Azhar Idrus...ini saja yang mampu, tapi cukup sebagai kenangan bersama beliau 

Thursday, 11 April 2013

menghitung hari..

LUMRAH KEHIDUPAN

sudah menjadi adat,setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
pintu masuk KMTK
kehidupan tidak sampai setahun di kolej matrikulasi banyak memberi pendedahan sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti...khasnya buat pelajar-pelajar 1 tahun,pertemuan singkat ini mungkin banyak meninggalkan kenangan...
akhirnya sampai ke titi hayun selepas menuruni Gunung Jerai
sepanjang aku berada di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah,semuanya best. kami semua belajar dalam program 1 tahun..tiada program 2 tahun(PDT) membolehkan kami menjaga dan memimpin batch kami sendiri tanpa tunjuk ajar senior... bermula 27hb Mei 2012 dan tamat pada 30hb April 2013...

ceramah mingguan
di kelilingi dengan suasana kampung,sawah padi dan Gunung Jerai...menjadi 1 kelebihan buat kami untuk melakukan pelbagai aktiviti terutamanya Ekspedisi Pendakian Gunung Jerai yang hampir menjadi aktiviti wajib bagi semua warganya... buat pertama kalinya, kami Batch ke-4 KMTK (KMTK ditubuhkan pada tahun 2009) diberi peluang bermalam di atas gunung bagi menikmati suasana malam yang indah dan sejuk. pemandangan sekitar negeri Kedah jelas kelihatan memandang kabus tiada pada malam dan awal pagi.
bersama rakan sekelas
program kecemerlangan di Resort Cinta Sayang
menuju ke puncak
di kawasan perkhemahan 
lawatan ke UniMap
kata orang,jauh berjalan..luas pandangan... indah sungguh ciptaan Allah... kerana Allah jua kita dikurniakan akal untuk berfikir dan mencari ilmu... hasilnya,banyaklah ciptaan yang terhasil di dunia ini...takdir Allah jua yang menetapkan bahawa perjalanan hidup aku bermula di sini sebelum menjengah ke alam universiti... INGAT! SETIAP APA YANG TERJADI ADALAH TAKDIR ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN APA YANG DITAKDIRKANNYA ITU ADA HIKMAHNYA. wallahualam