|
keindahan alam sekitar dikekalkan |
|
anak muda di kampung aku,hebat dalam bidang teknikal walaupun baru sahaja tamat belajar di sekolah menengah biasa |
|
selamat datang ke kampung Parit Tok Kip |
ramai orang cakap..hidup di kampung ni tidak ada kemajuan. itu semua salah kerana mereka hanya melihat semua itu sepintas lalu tanpa meneliti apa sebenarnya yang hebat apabila tinggal di kampung... mungkin disebabkan pengaruh filem yang terlalu menonjolkan kemiskinan dengan kehidupan di kampung... hakikatnya,telah banyak kemajuan di kampung khususnya dalam bidang pertanian dan penghasilan makanan... di kampung Parit Tok Kip(atau lebih dikenali dengan nama kampung Parit Gompong) iaitu kampung di mana tempat aku tinggal(haha..promote kampung..)..terdapat industri pembuatan cendol dan laksa... di samping itu,keluarga aku turut terlibat dalam penjualan nasi lemak. banyak peluang untuk kami perluaskan perniagaan,tapi masa dan kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan menghalang... di kampung,semangat gotong-royong juga masih dikekalkan sekaligus dapat mengelakkan pembaziran masa dan wang ringgit... cubalah bayangkan apabila tiba kenduri perkahwinan,masing-masing mahu membantu bagi melancarkan perjalanan majlis... bukan mudah untuk merasai situasi begini. keindahan alam sekitar pula masih utuh tanpa sebarang pencemaran. angin pagi yang sungguh sejuk,dan bebas dari sebarang kesibukan dan keriuhan kota... mak aku cakap,kalau hidup di kampung...tak kerja tetap pun boleh hidup asalkan ada usaha... usaha yang macamana? usaha la cari ikan,mengait nyiok(kelapa),mengail belut,bercucuk tanam... tapi tu kerja gak kan?hehe...apa-apapun...kerja-kerja yang aku sebut tadi dapat dilakukan oleh sesiapa saja termasuklah budak-budak... aku cuma reti kupas kulit kelapa dan tangkap belut ja masa aku Form 2...adik-adik aku tadika pun dah reti cari duit...tangkap belut dan lain-lain... saja-saja,boleh beli ais krim kat kedai sebelah..
|
sedar akan pentingnya menjaga kesihatan,aktiviti berjogging dilakukan pada masa terluang |
|
muafakat membawa berkat,gotong-royong sewaktu majlis perkahwinan menambahkan kemesraan antara penduduk kampung Parit Tok Kip...apa yang penting bukan sekadar kemajuan dari segi fizikal dan luaran..tetapi juga kemajuan intelek tentang betapa pentingnya kerjasama |
|
suasana di pagi raya..anak-anak muda kampung Parit Tok Kip |
|
cendol hasil tangan warga kampung sendiri menjadi juadah pemanis mulut di sebuah majlis perkahwinan (tak payah cari cendol jauh2) |
No comments:
Post a Comment