Pages

Thursday, 18 April 2013

anti-gwiyomi

assalamualaikum umat akhir zaman....
ini yang kita kena sedar....sekarang ni macam2 fenomena pelik melanda dunia dan kita utamakan kat Malaysia...apa yang orang buat,semua nak ikut...yang penting seronok... memang betul cakap ustaz aku,benda hiburan orang sanggup buat apa saja,tapi bab ibadah...susah sangat...
satu fenomena kat Malaysia sekarang ini, GWIYOMI....
maksud dia comel...dengar orang kata la...
perlu ke kita tunjuk comel kita kepada orang lain especially yang tidak halal lagi buat kita(bukan mahram bagi kita)...
ingatlah...perempuan yang cantik ialah perempuan yang solehah...
malu bagi perempuan itu ialah perhiasan baginya...
jadi sekarang,di mana letaknya perasaan malu itu??
Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.

Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. 
[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.]

kecanggihan teknologi masa kini menyebabkan kita mudah diaibkan

wanita solehah bijak menghindari fitnah


No comments:

Post a Comment