Pages

Friday, 24 May 2013

peraturan pelik

Peraturan ni aku dapat snap sewaktu pergi ke sebuah sekolah berasrama yang mengadakan Karnival Asrama Terbuka. No komen..haha .. Apa-apa pun, peraturan no. 3 tu terbaik..mudah-mudahan ia diamalkan oleh penghuninya...insyaAllah..
anda berani menyahut cabaran ni?

Thursday, 23 May 2013

di sebalik sebuah tragedi

semalam, accident yang sungguh menggelikan.. haha,buat teruk... cuma accident yang melibatkan biawak yang dilanggar kenderaan... kaki putus, perut kembung...ekor putus... disebabkan bangkai tersebut berada di hadapan rumah aku...aku pun merelakan diri membuang bangkai tersebut...BERAT dan busuk! pernah dengar pepatah 'bagai mendukung biawak hidup'?
maksudnya ialah keadaan kita yang menanggung seseorang yang tidak berguna...
mengingatkan aku kepada pepatah tersebut...
sekaligus ia dapat mengingatkan kita agar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat, agama, dan negara..
bukanlah kita menagih sanjungan semata-mata, tetapi biarlah untuk bekalan di akhirat nanti...
dalam ketika aku mengalihkan bangkai yang berat dan busuk tu...nak mengeluh, tapi teringat ustazah aku waktu sekolah menengah ada mengatakan...
MEMBUANG BENDA YANG MENYAKITI DI JALANAN JUGA ADALAH SEDEKAH..insyaAllah jika niat kita betul..
kawasan kejadian

ambillah pengajaran dari setiap apa yang kita lihat dan lalui di dunia ini

Wednesday, 22 May 2013

cerita daun pisang

pernah tak terfikir dalam kepala korang semua apabila makan sebungkus nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, macamana proses2 pencarian daun pisang ni dijalankan? adakah bahaya semasa kerja2 ni dijalankan? dimanakah daun2 pisang ni didapati?
aku nak kongsi sikit pengalaman aku sebagai pencari daun pisang untuk pembungkus nasi lemak.

nasi lemak ni kalau nak bungkus guna plastik or kertas pembungkus warna coklat tu pun boleh. tapi apa yang aku dapat rasa sepanjang berkecimpung dalam dunia pembuatan nasi lemak ni, nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang lebih sedap dan bau yang lebih wangi.
apabila kita buka saja bungkusan nasi lemak tu, perghhh...semerbak bau...bercampur dengan bau pandan yang dicampur ketika nasi dimasak...
aroma yang sungguh semulajadi dan asli...
bagi peminat2 nasi lemak khususnya di bandar2 besar...jarang kita dapat makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang... kalau ada pun, itu mungkin daya usaha pembuat nasi lemak itu sendiri menanam pokok pisang di kawasan rumahnya..
pokok-pokok pisang yang akan menjadi mangsa pencarian aku
berlainan dengan suasana di kampung, pokok pisang boleh dijumpai di mana2. stok tak akan habis...

operasi mengait daun pisang

suasana yang tenang dan angin yang sepoi2 bahasa menemani aku

hasil

lagi banyak lagi bagus

daun pisang dipotong

setelah dipotong, bolehlah dilipat dan dimasukkan dalam beg plastik

riwayat daun pisang

ceramah ustaz Kazim Elias: tak ada rezeki lagi

assalamualaikum...kepada anak-anak muda, orang tua,sesiapa sahaja khususnya peminat-peminat majlis ilmu pasti tak mahu ketinggalan untuk mengikuti ceramah-ceramah agama terutamanya apabila disampaikan oleh penceramah yang 'meletop' sekarang ini seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain. Banner ni aku nampak ketika on the way pulang ke rumah dari Putrajaya selepas selesai menghadiri temuduga di UPM Serdang dalam course senibina... aku teruja nak menghadiri ceramah beliau, tapi nak buat macamana..jauh..malam pulak tu,selepas isyak.. alamatnya aku balik rumah dalam pukul 12++ la..

aku redha dengan nasihat parent aku..kerna keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa kita..so aku tak pergi...
mungkin aku perlu perbetulkan niat aku terlebih dahulu...Allah Maha Mengetahui...mungkin Dia tak nak aku hadir semata2 kerna ustaz tu popular... 
apa yang penting ialah keikhlasan kita menuntut ilmu...
ramai lagi ustaz di Malaysia ni..walaupun tidak popular,tapi mungkin ilmu mereka juga tidak kurang hebatnya..
tetapi kehadiran mereka ini menyebarkan dakwah Islamiah amatlah berharga,..masing-masing mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam menyampaikan ceramah...
ada yang menyanyi...ada yang peka dengan isu semasa...pandai melawak...
tapi, seandainya bintang-bintang seperti mereka ini sudah tiada,siapa yang akan mewarisi ilmu-ilmu tersebut?

DI AKHIR ZAMAN, ALLAH TIDAK MENGHILANGKAN ILMU DENGAN MENGAMBIL ILMU DARI MINDA-MINDA PARA ILMUWAN....TETAPI DENGAN MENGAMBIL NYAWA-NYAWA MEREKA. DAN KETIKA ITU TIADA LAGI PARA ILMUWAN,LALU KETIKA ITULAH ORANG YANG JAHIL DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN.

Saturday, 18 May 2013

Berfikir sebelum update status kat facebook

ni adalah status update daripada seorang friend aku di facebook... cuba baca habis2...
ada yang tak kena dalam status ni... boyfriend girlfriend peluk2...cium dahi la...
BUKAN MAHRAM!!
sapa2 yang baca harap dapat fikir baik buruk dia...bukan tengok pada 'sweet' semata2....

SAHABAT

khas buat sahabat...
dalam perjalanan menuntut ilmu..
suka duka
gelak ketawa
dikongsi bersama...

masyarakat kita

inilah yang dikatakan sebagai 'tak faham bahasa'... ingat! Islam mengajar kita bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman... so,manage your rubbish correctly..

pengangguran anak muda kita

panas dan kepayahan bukanlah satu alasan untuk pekerja2 ni melakukan  kerja2 membaiki bumbung kafe di kolej aku... ramai orang cakap, kalau nak buat rumah, upah orang indon... semua ni terbukti dengan kesungguhan mereka dalam buat kerja..dan satu lagi, cepat siap... orang2 kita kebanyakannya memilih kerja, nak kerja pejabat...yang bawah tempat teduh...ada aircond...
tak hairanlah anak muda sekarang ramai yang menganggur....

Friday, 17 May 2013

Membazir ke?

ni ialah hasil pengumpulan kad top-up dan tiket wayang aku dan 5 orang roomate aku dalam jangka masa 7 bulan... Rasanya kalau kami berenam masing2 ada awek/marka/makwe/girlfriend..mesti lagi banyak dari ni?
betul tak orang-orang yang ada awex??hahaha

Wednesday, 15 May 2013

jangan kedekut ilmu!


Tension!
Tu yang aku fikir waktu study, tambah2 study last2 minute + subjek yang aku tak suka. Dalam kesibukan study…datang kawan aku bertanyakan soalan…lalu aku pun menjawab…
“ahh..nantilah, soalan first ni pun aku tak dapat jawab lagi, hang dah tanya soalan nombor 5…”
“ala…hang ni, jap ja….” Balas kawan aku tu.
Then, aku teringat satu hadis…
Sabda Rasullullah s.a.w, maksudnya:
“Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya maka pada hari akhirat kelak ia akan disumbatkan mulutnya dengan kendali dari api neraka”. (HR Atha’ dari Abu Hurairah)
Kendali tu aku tak tau apa dia, tapi yang pasti mesti azab yang amat pedih! Perlahan2 aku cuba tengok soalan tu, tarik nafas…
Cis! Lagi senang dari soalan nombor 1….malunya aku…
Selepas selesaikan soalan tu, aku mintak maaf balik kat kawan aku tu…almaklum lah ikut perasaan sangat…
IKUT HATI MATI, IKUT NAFSU LESU, IKUT IMAN ITULAH JALAN KEBENARAN.
“ (Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan marahnya dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan.” ( Surah Ali-Imran,134)
Kesimpulannya, janganlah kedekut ilmu…. Sebabnya bila kita ajar ilmu kat orang lain..kita sendiri dapat refresh apa yang kita dah belajar…
Tapi situasi aku kat atas tadi sebab mood tak ok, dan ingatlah janganlah kita cepat marah…seboleh2nya jangan marah lah….
Dan apabila orang mintak maaf,cepat2 la kita maafkan…
ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH
inilah situasi meja study aku..tengok pun dah tension


Tuesday, 14 May 2013

adakah solat kita diterima?


SETIAP APA YANG KITA PAKAI KITA PERLU TELITI BETUL2…BOLEHKAH IA DIPAKAI KETIKA SOLAT?
Dulu, aku minat pakai baju yang hardcore…gambar ntah tehapa-hapa… then, da la sorang kawan aku tegur… “kat baju hang tu ada lambang Nazi…try tengok betul2…”
Aku pun perhatikan betul2 pada design baju aku yang bergambar tape dan dvd…dalam gambar tape tu ada terselit simbol Nazi… memang tak dinafikan, baju tu pun siap ada perkataan death la.. ghost.. Friday the 13th..macam2.. jahil lagi waktu tu…memang tak leh pakai waktu solat…
Apa2 pun..kita fikir, kita solat itu menghadap Allah s.w.t…berpakaian biar sopan…tidak melambangkan agama lain…dan tiada sebarang benda yang tak elok la…
bukan sahaja ketika solat, tetapi juga ketika dalam kehidupan seharian...amalan2 seperti disebutkan tadi perlu diamalkan...

Nak lebih lagi tanya ustaz, aku hanya dapat bagi korang fikir ja..
Kadang2 kita tengok kat logo n simbol aPa2 kelab bola sepak ada salib dan lain2….macamana dengan solat kita?

Atas nama Islam


Media massa dan media cetak
Antara yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, terutamanya bagi yang tiada kemudahan internet dan lain-lain gajet terkini yang lebih pantas dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai..dan kesahihan maklumatnya bukan semestinya betul, tapi cukup untuk kita mendapatkan maklumat tambahan selain daripada berita, majalah dan akhbar.
Kemajuan ketika ini membuatkan ramai yang tak berminat nak membeli surat khabar dan majalah. Berita kat tv  masih mendapat sambutan…Alhamdulillah…
Bagaimanakah caranya kita nak bagi orang ramai berminat untuk membeli surat khabar dan majalah?
Ni rahsia dia…
Tu dia, bukan main seronok tunjuk gambar pelik2…seksi2…
Astaghfirullahal azim…
JANGAN KEJAR GLAMOR,ALLAH TAK SUKA… itulah pesanan ustaz Azhar Idrus dalam page facebooknya  ‘ Buku Ustaz Azhar Idrus’…
Dalam kita mengejar kemewahan, perhatian ramai, dan populariti…maruah Islam dan muslimah khasnya telah tergadai….
Teringat aku pada satu hari aku ada menonton Melodi kat tv3…temuramah bersama barisan penulis dan editor sebuah majalah yang HOT sekarang ni…
Mereka dipersoalkan mengenai gambar2 artis Malaysia seksi yang dipaparkan dalam majalah tersebut….sehingga mendapat gelaran…..tut….( kalau aku mention mesti korang tau punya)..
Dan dengan selamba wakil majalah tersebut menjawab, “haha..eh peranan kami untuk menaikkan nama artis2 baru dan yang kurang menonjol…sekurang-kurangnya popular la kan… LAGIPUN KAMI ADA JUGA RUANGAN HADIS2 DAN TAZKIRAH BAGI MEMBERI PENDEKATAN PADA ISLAM…BUKAN SETAKAT GAMBAR2 ARTIS JA….”.. (ayatnya dan maksudnya lebih kurang begini,dan bukan 100% sama  perkataan cam aku tulis ni)…
Bukan niat untuk mengumpat, bukan untuk memburukkan sesiapa, tapi sebagai Islam…sedarkah kita bahawa dalam diam2 ada orang Islam yang merosakkan Islam? … itulah Islam pada nama, tapi bukan pada imannya..
AYUHLAH BERFIKIR SEJENAK MENGENAI UMAT DAN AKHIRAT SETELAH LEKA KEPADA DUNIA…
bahan bacaan yang tidak berkualiti

daya tarikan

pengaruh barat kian berleluasa

sebagai Muslim, kita sepatutnya menghalang gejala ini

beruntunglah kita kerna masih banyak bahan bacaan berusur dakwah

pejuang-pejuang Islam terdahulu ialah idola kita

mendekatkan diri kepada agama

Saturday, 11 May 2013

Transformasi dakwah


Satu hari tu, aku tonton tv…waktu cuti. Dah waktu cuti ni,paham2 ar…banyak cerita kartun ja. Then, aku tengok kat channel ntv7…ada cerita kartun ni pasal haiwan, tapi yang uniknya berkonsepkan rekabentuk tin…iaitu Canimal…haha, comel  sungguh.
Macamana la orang yang design kartun ni boleh dapat idea macam tu… apa-apa pun semua ni la kelainan yang orang nak tengok..dalam masa yang sama budak2 pun tak boring… sangat kreatif.
Macam tu jugak la dalam berdakwah. Tak perlulah kita straight ja dalam menyampaikan, mungkin boleh kita selitkan dengan nyanyian yang berunsurkan islamik, nasihat dan tauladan.
Contohnya seperti rancangan Adik-adikku di tv1… memupuk bakat dakwah dalam kalangan murid-murid seusia 7-12 tahun… aku tau mungkin ramai yang tak minat, dengan persepsi
 “ alah…cerita budak2 pi tengok buat apa…?”… tapi sedar tak kita bahawa mereka lebih matang daripada kita yang dewasa ni… kita sibuk dengan mencari kemewahan dan kekayaan dunia sedangkan budak 2 tu duk tumpu dalam dakwah…
“bukan semua ada bakat bcakap macam depa… kami tak reti nak bercakap depan orang ramai”..
Pendapat ni bukan alasan kita untuk tidak berdakwah…sekarang dah maju, facebook..twitter..dll…
Daripada post benda2 yang tak berfaedah, apa kata post hadis2… insyaAllah jalan saham pahala kita… Allah akan menilai pahala kita walaupun sekecil biji sawi…
orang ramai khususnya anak muda mesti mahukan kelainan dan pemodenan dalam dakwah..yang kena dengan jiwa mereka…kan? INILAH TRANSFORMASI DALAM BERDAKWAH.
Kembali kepada kartun Canimal tadi…mungkin kita boleh aplikasikan konsep dakwah melalui kartun macam tu jugak… waktu aku tengok cerita tu pun ada nilai2 tolong menolong sesama ‘ haiwan tin’ tu..
Kadang2 ada gak part yang lawak..dan tak logik..haha
Dalam satu ceramah, aku ada dengar… KEISTIMEWAAN KITA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W IALAH KITA MENJALANKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR…
 
antara contoh pendekatan para ulama dalam menyebarkan dakwah- melalui facebook
USTAZ AZHAR IDRUS

USTAZ KAZIM ELIAS

kartun Canimal

inilah pemimpin pilihan rakyat


Malam 9hb mei 2013…malam tu malam jumaat…. Setiap malam jumaat surau kampong aku akn buat satu majlis tahlil,berzanji,marhaban….pastu ada la makan2…kami panggil majlis tu sebagai ‘more’… sementara menunggu semua orang sampai ke surau..aku dengan kawan2 aku lepak dulu tepi jalan di hadapan surau… tiba2 sebuah kereta myvi lalu,memberi salam kepada kami dan berhenti….ramah sungguh dia dengan beberapa orang penduduk kampung aku tu… dia keluar dari kereta lalu bersalam dengan kami setelah menyapa kami . melihat dia bersembang sekejap dengan penduduk kampung,mesra…tapi tak pernah nampak kat kampung pun sebelum ni. Memakai baju melayu oren dan berkain pelekat lengkap berkopiah putih. Di dalam keretanya ternampak kelibat seorang budak dalam lingkungan umur 7 tahun..mungkin anaknya. Gayanya yang selamba. Setelah lelaki itu beredar,aku bertanya kat kawan aku…” sapa lelaki tu?”…
Kawan aku menjawab,”laa..hang tak kenal? Tu la YB… ADUN _____ _____…”
Seriously aku tak sangka tu YB….perwatakan beliau macam orang biasa… kemudian aku teringat poster pilihanraya yang banyak tergantung di kampung aku sebelum ini..ha’ah..memang beliau…macamana aku boleh tak ingat….
Apa yang aku cuba sampaikan…pemimpin macam ni la yang sejuk hati rakyat tengok…sungguh sederhana…
Gayanya tak nampak langsung lagak seperti orang besar…bangga rasanya ada pemimpin seperti beliau..
Aku harap ramai lagi pemimpin yang macam beliau… beliau dalam perjalanan menuju ke sebuah surau di kampung bersebelahan…pelawaan kami ketika mengajaknya menyertai majlis di surau kami ditolaknya dengan perlahan dan berhemah… kalau dah pergi surau,mestilah untuk melakukan perkara yang baik… Alhamdulillah...syukur ada pemimpin macam beliau…
Semoga Malaysia juga seperti itu…ditadbir oleh pemimpin yang berjiwa rakyat, bersederhana, mendekatkan diri dengan agama seterusnya dapat menjamin persefahaman dan keamanan negara..
Insha Allah…

pasca temuduga architecture


Pengalaman aku ditemuduga…jurusan senibina,huh…semangat.. memandangkan aku lepasan matrikulasi teknikal… aku bukanlah ada apa2 projek,kerja kursus atau portfolio yang boleh aku nak kemukakan kat panel temuduga tu… so aku pun buat relaks ja… sehari sebelum temuduga,aku chat dengan senior aku…alamak…habislah aku…
Dia kata, aku kena bawak koleksi lukisan aku untuk tunjuk kat panel tu…ni bagi menunjukkan bahawa yang aku memang minat course tu…memang la akuu minat,tapi aku mana ada simpan lukisan2 aku…suma lukis pakai buang ja…saja2…
Dalam sehari tu jugak la aku memerah otak melukis hampir 20 lukisan merangkumi perspektif,potret, pemandangan,rekabentuk, dan lain-lain… then kena cari maklumat tentang arkitek yang aku minat pulak… dari situ la bermulanya minat aku kepada kepakaran seorang arkitek ni iaitu Hijjas Kasturi.
Antara bangunan di Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan Hijjas Kasturi: Bangunan Tabung Haji, Menara Lion, Menara Maybank, Lot 10 Kuala Lumpur, Menara Telekom, Kelab Darul Ehsan, Menara Promet, Wisma MPPJ (Petaling Jaya), Hotel Nikko, Bangunan Tractors Malaysia Annexem (Subang Jaya), Suruhanjaya Sekurities, Bangunan Dato Zainal, Stadium Shah Alam (Shah Alam), Menara Apera-ULG, Stadium Dalaman Shah Alam (Shah Alam), Menara Amoda, Stadium Sarawak (Kuching), Pusat Sivik Kuching (Kuching), Menara Shahzan-Prudential, Dewan Bandaraya Kuching Selatan (Kuching)
Bangunan unik seperti Menara Maybank, Tabung Haji, Suruhanjaya Sekuriti, Hotel Nikko dan bangunan baru Telekom Malaysia Berhad berkonsepkan pucuk rebung, semuanya adalah hasil kerja Hijjas Kasturi. Banyak lagi bangunan sekitar Lembah Kelang dan Sarawak menerima sentuhan reka bentuk daripada Hijjas Kasturi Associates.
Hebat…tu yang aku dapat gambarkan tentang idea beliau..berkonsepkan ciri-ciri Malaysia..
Disebabkan aku pelajar Kejuruteraan Awam sewaktu di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, aku sudah mendapat pendedahan tentang bangunan2 di dunia ni…antaranya Burj Khalifa, Menara Pisa, Menara Jam di Makkah, Colloseum, Palm Island, Eiffel Tower,…dan lain2.
Tips temudugaà yakin diri tu penting… aku banyak buat expert ja waktu temuduga. Apa yang penting,aku nak dapat course tu…
Tapi result temuduga belum dapat lagi, harapan aku dah tentu la semoga aku dapat course tu…
Satu pesanan, KALAU KITA SUDAH MINAT,TIADA APA YANG DAPAT MENGHALANG KITA
Hijjas Kasturi bersama rekabentuk bangunan 'pucuk rebung'

ni office Hijjas Kasturi...terbaik!


antara karya lukisan aku

bangunan pentadbiran dan bilik darjah SMK Anderson, karya aku sewaktu pergi aktiviti pertukaran pelajar kat sana

hotel kapal layar di Dubai


masjid Zahir di Alor Setar

menara berkembar Petronas, edited version aku

lukisan perspektif...menggambarkan sebuah lorong jeti