Pages

Wednesday, 22 May 2013

cerita daun pisang

pernah tak terfikir dalam kepala korang semua apabila makan sebungkus nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang, macamana proses2 pencarian daun pisang ni dijalankan? adakah bahaya semasa kerja2 ni dijalankan? dimanakah daun2 pisang ni didapati?
aku nak kongsi sikit pengalaman aku sebagai pencari daun pisang untuk pembungkus nasi lemak.

nasi lemak ni kalau nak bungkus guna plastik or kertas pembungkus warna coklat tu pun boleh. tapi apa yang aku dapat rasa sepanjang berkecimpung dalam dunia pembuatan nasi lemak ni, nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang lebih sedap dan bau yang lebih wangi.
apabila kita buka saja bungkusan nasi lemak tu, perghhh...semerbak bau...bercampur dengan bau pandan yang dicampur ketika nasi dimasak...
aroma yang sungguh semulajadi dan asli...
bagi peminat2 nasi lemak khususnya di bandar2 besar...jarang kita dapat makan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang... kalau ada pun, itu mungkin daya usaha pembuat nasi lemak itu sendiri menanam pokok pisang di kawasan rumahnya..
pokok-pokok pisang yang akan menjadi mangsa pencarian aku
berlainan dengan suasana di kampung, pokok pisang boleh dijumpai di mana2. stok tak akan habis...

operasi mengait daun pisang

suasana yang tenang dan angin yang sepoi2 bahasa menemani aku

hasil

lagi banyak lagi bagus

daun pisang dipotong

setelah dipotong, bolehlah dilipat dan dimasukkan dalam beg plastik

riwayat daun pisang

No comments:

Post a Comment