Pengalaman
aku ditemuduga…jurusan senibina,huh…semangat.. memandangkan aku lepasan
matrikulasi teknikal… aku bukanlah ada apa2 projek,kerja kursus atau portfolio
yang boleh aku nak kemukakan kat panel temuduga tu… so aku pun buat relaks ja…
sehari sebelum temuduga,aku chat dengan senior aku…alamak…habislah aku…
Dia kata,
aku kena bawak koleksi lukisan aku untuk tunjuk kat panel tu…ni bagi
menunjukkan bahawa yang aku memang minat course tu…memang la akuu minat,tapi aku mana ada simpan lukisan2 aku…suma lukis pakai buang ja…saja2…
Dalam
sehari tu jugak la aku memerah otak melukis hampir 20 lukisan merangkumi
perspektif,potret, pemandangan,rekabentuk, dan lain-lain… then kena cari
maklumat tentang arkitek yang aku minat pulak… dari situ la bermulanya minat
aku kepada kepakaran seorang arkitek ni iaitu Hijjas Kasturi.
Antara
bangunan di Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan Hijjas Kasturi: Bangunan Tabung
Haji, Menara Lion, Menara Maybank, Lot 10 Kuala Lumpur, Menara Telekom, Kelab
Darul Ehsan, Menara Promet, Wisma MPPJ (Petaling Jaya), Hotel Nikko, Bangunan
Tractors Malaysia Annexem (Subang Jaya), Suruhanjaya Sekurities, Bangunan Dato
Zainal, Stadium Shah Alam (Shah Alam), Menara Apera-ULG, Stadium Dalaman Shah
Alam (Shah Alam), Menara Amoda, Stadium Sarawak (Kuching), Pusat Sivik Kuching
(Kuching), Menara Shahzan-Prudential, Dewan Bandaraya Kuching Selatan (Kuching)
Bangunan
unik seperti Menara Maybank, Tabung Haji, Suruhanjaya Sekuriti, Hotel Nikko dan
bangunan baru Telekom Malaysia Berhad berkonsepkan pucuk rebung, semuanya
adalah hasil kerja Hijjas Kasturi. Banyak lagi bangunan sekitar Lembah Kelang
dan Sarawak menerima sentuhan reka bentuk daripada Hijjas Kasturi Associates.
Hebat…tu
yang aku dapat gambarkan tentang idea beliau..berkonsepkan ciri-ciri Malaysia..
Disebabkan
aku pelajar Kejuruteraan Awam sewaktu di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah, aku
sudah mendapat pendedahan tentang bangunan2 di dunia ni…antaranya Burj Khalifa,
Menara Pisa, Menara Jam di Makkah, Colloseum, Palm Island, Eiffel Tower,…dan
lain2.
Tips
temudugaà
yakin diri tu penting… aku banyak buat expert ja waktu temuduga. Apa yang
penting,aku nak dapat course tu…
Tapi result
temuduga belum dapat lagi, harapan aku dah tentu la semoga aku dapat course tu…
Satu
pesanan, KALAU KITA SUDAH MINAT,TIADA APA YANG DAPAT MENGHALANG KITA
Hijjas Kasturi bersama rekabentuk bangunan 'pucuk rebung' |
ni office Hijjas Kasturi...terbaik! |
antara karya lukisan aku |
bangunan pentadbiran dan bilik darjah SMK Anderson, karya aku sewaktu pergi aktiviti pertukaran pelajar kat sana |
hotel kapal layar di Dubai |
masjid Zahir di Alor Setar |
menara berkembar Petronas, edited version aku |
lukisan perspektif...menggambarkan sebuah lorong jeti |
No comments:
Post a Comment