Malam 9hb mei 2013…malam tu malam jumaat…. Setiap malam jumaat surau
kampong aku akn buat satu majlis tahlil,berzanji,marhaban….pastu ada la
makan2…kami panggil majlis tu sebagai ‘more’… sementara menunggu semua orang
sampai ke surau..aku dengan kawan2 aku lepak dulu tepi jalan di hadapan surau…
tiba2 sebuah kereta myvi lalu,memberi salam kepada kami dan berhenti….ramah
sungguh dia dengan beberapa orang penduduk kampung aku tu… dia keluar dari
kereta lalu bersalam dengan kami setelah menyapa kami . melihat dia bersembang
sekejap dengan penduduk kampung,mesra…tapi tak pernah nampak kat kampung pun
sebelum ni. Memakai baju melayu oren dan berkain pelekat lengkap berkopiah
putih. Di dalam keretanya ternampak kelibat seorang budak dalam lingkungan umur
7 tahun..mungkin anaknya. Gayanya yang selamba. Setelah lelaki itu beredar,aku
bertanya kat kawan aku…” sapa lelaki tu?”…
Kawan aku menjawab,”laa..hang tak kenal? Tu la YB… ADUN _____ _____…”
Seriously aku tak sangka tu YB….perwatakan beliau macam orang biasa… kemudian
aku teringat poster pilihanraya yang banyak tergantung di kampung aku sebelum
ini..ha’ah..memang beliau…macamana aku boleh tak ingat….
Apa yang aku cuba sampaikan…pemimpin macam ni la yang sejuk hati rakyat
tengok…sungguh sederhana…
Gayanya tak nampak langsung lagak seperti orang besar…bangga rasanya ada
pemimpin seperti beliau..
Aku harap ramai lagi pemimpin yang macam beliau… beliau dalam perjalanan
menuju ke sebuah surau di kampung bersebelahan…pelawaan kami ketika mengajaknya
menyertai majlis di surau kami ditolaknya dengan perlahan dan berhemah… kalau
dah pergi surau,mestilah untuk melakukan perkara yang baik…
Alhamdulillah...syukur ada pemimpin macam beliau…
Semoga Malaysia juga seperti itu…ditadbir oleh pemimpin yang berjiwa
rakyat, bersederhana, mendekatkan diri dengan agama seterusnya dapat menjamin
persefahaman dan keamanan negara..
Insha Allah…
No comments:
Post a Comment