Pages

Wednesday, 15 May 2013

jangan kedekut ilmu!


Tension!
Tu yang aku fikir waktu study, tambah2 study last2 minute + subjek yang aku tak suka. Dalam kesibukan study…datang kawan aku bertanyakan soalan…lalu aku pun menjawab…
“ahh..nantilah, soalan first ni pun aku tak dapat jawab lagi, hang dah tanya soalan nombor 5…”
“ala…hang ni, jap ja….” Balas kawan aku tu.
Then, aku teringat satu hadis…
Sabda Rasullullah s.a.w, maksudnya:
“Barangsiapa ditanya sesuatu ilmu, tetapi ia menyembunyikannya maka pada hari akhirat kelak ia akan disumbatkan mulutnya dengan kendali dari api neraka”. (HR Atha’ dari Abu Hurairah)
Kendali tu aku tak tau apa dia, tapi yang pasti mesti azab yang amat pedih! Perlahan2 aku cuba tengok soalan tu, tarik nafas…
Cis! Lagi senang dari soalan nombor 1….malunya aku…
Selepas selesaikan soalan tu, aku mintak maaf balik kat kawan aku tu…almaklum lah ikut perasaan sangat…
IKUT HATI MATI, IKUT NAFSU LESU, IKUT IMAN ITULAH JALAN KEBENARAN.
“ (Iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan marahnya dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan.” ( Surah Ali-Imran,134)
Kesimpulannya, janganlah kedekut ilmu…. Sebabnya bila kita ajar ilmu kat orang lain..kita sendiri dapat refresh apa yang kita dah belajar…
Tapi situasi aku kat atas tadi sebab mood tak ok, dan ingatlah janganlah kita cepat marah…seboleh2nya jangan marah lah….
Dan apabila orang mintak maaf,cepat2 la kita maafkan…
ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH
inilah situasi meja study aku..tengok pun dah tension


No comments:

Post a Comment