Pages

Wednesday, 22 May 2013

ceramah ustaz Kazim Elias: tak ada rezeki lagi

assalamualaikum...kepada anak-anak muda, orang tua,sesiapa sahaja khususnya peminat-peminat majlis ilmu pasti tak mahu ketinggalan untuk mengikuti ceramah-ceramah agama terutamanya apabila disampaikan oleh penceramah yang 'meletop' sekarang ini seperti Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain. Banner ni aku nampak ketika on the way pulang ke rumah dari Putrajaya selepas selesai menghadiri temuduga di UPM Serdang dalam course senibina... aku teruja nak menghadiri ceramah beliau, tapi nak buat macamana..jauh..malam pulak tu,selepas isyak.. alamatnya aku balik rumah dalam pukul 12++ la..

aku redha dengan nasihat parent aku..kerna keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa kita..so aku tak pergi...
mungkin aku perlu perbetulkan niat aku terlebih dahulu...Allah Maha Mengetahui...mungkin Dia tak nak aku hadir semata2 kerna ustaz tu popular... 
apa yang penting ialah keikhlasan kita menuntut ilmu...
ramai lagi ustaz di Malaysia ni..walaupun tidak popular,tapi mungkin ilmu mereka juga tidak kurang hebatnya..
tetapi kehadiran mereka ini menyebarkan dakwah Islamiah amatlah berharga,..masing-masing mempunyai kreativiti yang tersendiri dalam menyampaikan ceramah...
ada yang menyanyi...ada yang peka dengan isu semasa...pandai melawak...
tapi, seandainya bintang-bintang seperti mereka ini sudah tiada,siapa yang akan mewarisi ilmu-ilmu tersebut?

DI AKHIR ZAMAN, ALLAH TIDAK MENGHILANGKAN ILMU DENGAN MENGAMBIL ILMU DARI MINDA-MINDA PARA ILMUWAN....TETAPI DENGAN MENGAMBIL NYAWA-NYAWA MEREKA. DAN KETIKA ITU TIADA LAGI PARA ILMUWAN,LALU KETIKA ITULAH ORANG YANG JAHIL DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN.

No comments:

Post a Comment