Pages

Saturday, 11 May 2013

Transformasi dakwah


Satu hari tu, aku tonton tv…waktu cuti. Dah waktu cuti ni,paham2 ar…banyak cerita kartun ja. Then, aku tengok kat channel ntv7…ada cerita kartun ni pasal haiwan, tapi yang uniknya berkonsepkan rekabentuk tin…iaitu Canimal…haha, comel  sungguh.
Macamana la orang yang design kartun ni boleh dapat idea macam tu… apa-apa pun semua ni la kelainan yang orang nak tengok..dalam masa yang sama budak2 pun tak boring… sangat kreatif.
Macam tu jugak la dalam berdakwah. Tak perlulah kita straight ja dalam menyampaikan, mungkin boleh kita selitkan dengan nyanyian yang berunsurkan islamik, nasihat dan tauladan.
Contohnya seperti rancangan Adik-adikku di tv1… memupuk bakat dakwah dalam kalangan murid-murid seusia 7-12 tahun… aku tau mungkin ramai yang tak minat, dengan persepsi
 “ alah…cerita budak2 pi tengok buat apa…?”… tapi sedar tak kita bahawa mereka lebih matang daripada kita yang dewasa ni… kita sibuk dengan mencari kemewahan dan kekayaan dunia sedangkan budak 2 tu duk tumpu dalam dakwah…
“bukan semua ada bakat bcakap macam depa… kami tak reti nak bercakap depan orang ramai”..
Pendapat ni bukan alasan kita untuk tidak berdakwah…sekarang dah maju, facebook..twitter..dll…
Daripada post benda2 yang tak berfaedah, apa kata post hadis2… insyaAllah jalan saham pahala kita… Allah akan menilai pahala kita walaupun sekecil biji sawi…
orang ramai khususnya anak muda mesti mahukan kelainan dan pemodenan dalam dakwah..yang kena dengan jiwa mereka…kan? INILAH TRANSFORMASI DALAM BERDAKWAH.
Kembali kepada kartun Canimal tadi…mungkin kita boleh aplikasikan konsep dakwah melalui kartun macam tu jugak… waktu aku tengok cerita tu pun ada nilai2 tolong menolong sesama ‘ haiwan tin’ tu..
Kadang2 ada gak part yang lawak..dan tak logik..haha
Dalam satu ceramah, aku ada dengar… KEISTIMEWAAN KITA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W IALAH KITA MENJALANKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR…
 
antara contoh pendekatan para ulama dalam menyebarkan dakwah- melalui facebook
USTAZ AZHAR IDRUS

USTAZ KAZIM ELIAS

kartun Canimal

No comments:

Post a Comment