Pages

Tuesday, 14 May 2013

Atas nama Islam


Media massa dan media cetak
Antara yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, terutamanya bagi yang tiada kemudahan internet dan lain-lain gajet terkini yang lebih pantas dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai..dan kesahihan maklumatnya bukan semestinya betul, tapi cukup untuk kita mendapatkan maklumat tambahan selain daripada berita, majalah dan akhbar.
Kemajuan ketika ini membuatkan ramai yang tak berminat nak membeli surat khabar dan majalah. Berita kat tv  masih mendapat sambutan…Alhamdulillah…
Bagaimanakah caranya kita nak bagi orang ramai berminat untuk membeli surat khabar dan majalah?
Ni rahsia dia…
Tu dia, bukan main seronok tunjuk gambar pelik2…seksi2…
Astaghfirullahal azim…
JANGAN KEJAR GLAMOR,ALLAH TAK SUKA… itulah pesanan ustaz Azhar Idrus dalam page facebooknya  ‘ Buku Ustaz Azhar Idrus’…
Dalam kita mengejar kemewahan, perhatian ramai, dan populariti…maruah Islam dan muslimah khasnya telah tergadai….
Teringat aku pada satu hari aku ada menonton Melodi kat tv3…temuramah bersama barisan penulis dan editor sebuah majalah yang HOT sekarang ni…
Mereka dipersoalkan mengenai gambar2 artis Malaysia seksi yang dipaparkan dalam majalah tersebut….sehingga mendapat gelaran…..tut….( kalau aku mention mesti korang tau punya)..
Dan dengan selamba wakil majalah tersebut menjawab, “haha..eh peranan kami untuk menaikkan nama artis2 baru dan yang kurang menonjol…sekurang-kurangnya popular la kan… LAGIPUN KAMI ADA JUGA RUANGAN HADIS2 DAN TAZKIRAH BAGI MEMBERI PENDEKATAN PADA ISLAM…BUKAN SETAKAT GAMBAR2 ARTIS JA….”.. (ayatnya dan maksudnya lebih kurang begini,dan bukan 100% sama  perkataan cam aku tulis ni)…
Bukan niat untuk mengumpat, bukan untuk memburukkan sesiapa, tapi sebagai Islam…sedarkah kita bahawa dalam diam2 ada orang Islam yang merosakkan Islam? … itulah Islam pada nama, tapi bukan pada imannya..
AYUHLAH BERFIKIR SEJENAK MENGENAI UMAT DAN AKHIRAT SETELAH LEKA KEPADA DUNIA…
bahan bacaan yang tidak berkualiti

daya tarikan

pengaruh barat kian berleluasa

sebagai Muslim, kita sepatutnya menghalang gejala ini

beruntunglah kita kerna masih banyak bahan bacaan berusur dakwah

pejuang-pejuang Islam terdahulu ialah idola kita

mendekatkan diri kepada agama

No comments:

Post a Comment